Tuesday, May 27, 2008

1.3 PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

  • PLOT
  • PERMULAAN CERITA.
Hang Tuah ke istana atas perintah raja untuk membunuh Hang Jebat yang telah mnderhaka kepada raja. Hang Tuah diiringi oleh rakyat jelata yang ingin menyaksikan pertarungan tersebut. Ketika itu Hang Jebat sedang tidur. Mereka mengepung istana dan suasana menjadi riuh-rendah. Hnag Tuah memanggil nama Hang Jebat agar turun bertikam di halaman.

  • KONFLIK atau PERMASALAHAN
Hang Jebat membuka pintu istana dan mendapati di depannya ialah Hang Tuah. Di sini bermulalah konflik dalam  diri Hang Jebat. Hang Jebat berasa hairan dengan kehadiran Hang Tuah kerana sebelum ini Hang Tuah telah mati dibunuh atas perintah raja.

Hang Jebat menyatakan bahawa dia menderhaka kerana menyangka Hang Tuah telah mati dan ingin menuntut bela atas kematian Hang Tuah. Seterusnya, Hang Jebat merancang hendak mengamuk di seluruh negeri Melaka. Hang Jebat bertindak demikian atas dasar jika berbuat jahat biarlah sejahat-jahatnya dengan membunuh tujuh ratus orang dayang dalam istana itu.

Konflik seterusnya adalah antara dua sahabat ini. Secara fizikal mereka telah bertarung dengan hebat di dalam istana. Setelah sekian lama tertarung, Hang Tuah sukar hendak membunuh Hang Jebat kerana Hang Jebat memiliki keris Taming Sari. Namun, Hang Tuah telah berjaya merampas keris tersebut ketika Hang Jebat dalam keadaan alpa.

  •  PUNCAK CERITA
Kemuncak cerita ialah Hang Tuah telah berjaya menikam dada Hang Jebat. 

  • PELERAIAN CERITA
Setelah kena tikam, Hang Jebat cuba meampas kain yang dipakai oleh Hang Tuah dan menikam belakang Hang Tuah tetapi tidak lut.

  • PENGAKHIRAN CERITA
Sebaik-baik sahaja Hang Tuah menikam Hang Jebat, pintu istana pun dibuka orang dan Hang Tuah mendapat keluar dan bejalan balik ke rumahnya sambil melambai-lambaikan kerisnya.


LATAR

  • Latar Tempat
Di istana Raja Melaka - Kebanyakan peristiwa dalam cerita ini bekisar di sekitar istana Sultan Melaka yang telah dikuasai oleh Hang Jebat selepas beliau menderhaka.
  • Latar masa
Berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Latar masyarakat
(a) Masyarakat yang taat setia kepada sultan.Hang Tuah amat setia kepada sultan sehingga menentang rakannya sendiri.

(b) Masyarakat yang mempunyai semangat setia kawan. Hang Jebat mempunyai semangat setia kawan kerana membela rakannya Hang Tuah yang difitnah.

(c)Masyarakat istana yang zalim. Sultan Melaka telah mendengar fitnah dan baginda menerima balasan akibat penderhakaan Hang Jebat.


TEMA
Cerita ini bertemakan kestiaan. Ini jelas ditunjukkan oleh watak Laksamana Hang Tuah yang mempunyai taat setia yang tebal sehingga sanggup mengorbankan sahabt sendiri. Hang Jebat juga sanggup mnderhaka kepada raja demi membela Hang Tuah.


PERSOALAN
  • Kesetiaan terhadap raja. Hang Tuah memperlihatkan kesetiaan yang tinggi terhadap raja memandangkan beliau rela menghapuskan Hang Jebat yang menderhaka kepada raja.
  • Semangat setia kawan. Hang Jebat sangat setia kepada rakannya Hang Tuah dan sanggup membela kematian Hang Tuah.
  • Kesan pemerintahan yang tidak adil. Sultan Melaka menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa ke atas  Hang Tuah sehingga Hang Jebat bangun menderhaka.
WATAK & PERWATAKAN.
  1. HANG TUAH
  • Seorang yang setia
Hang Tuah sanggup menentang Hang Jebat iaitu rakannya sendiri atas titah raja Sultan Melaka. Ini kerana, baginya kesetiaan pada raja melebihi segala-galanya.

  • Berani
Walaupun baru lepas pasungan, Hang Tuah berani berdepan dengan Hang Jebat yang memiliki keris Taming Sari.

  • Pandai
Hang Tuah pandai bermuslihat sehingga berjaya merampas keris Taming Sari dari tangan Hang Jebat.

2. HANG JEBAT

  • Seorang yang berani
Hang Jebat berani menderhaka kepada sultan demi menegakkan keadilan. Dia tahu bahawa ketidakadilan telah erlaku ke atas Hnag Tuah lalu dia menuntut bela.

  • Mempunyai semangat setia kawan.
Hang Jebat sanggup membela Hang Tuah yang telah difitnah dan dihukum bunuh oleh Sultan Melaka. Demi persahabatan dan ikatan persaudraan, dia memberontak dan cuba membalas dendam.

  • Seorang yang zalim.
Beliau telah membunuh ramai penduduk yang tidak berdosa ketika menderhaka.


GAYA BAHASA

  • Diksi
Kata-kata kesat seperti: "cih" "derhaka". 

  • Simile
Maka Hang Jebat pun merebahkan dirinya berguling seperti jentera rupanya.

  • Peribahasa
rosak bawang ditimpa jambaknya.

  • Perulangan
...ada yang naik pohon kayu, ada yan naik bumbungan, ada yang naik ke halangan jambatan.


NILAI DAN PENGAJARAN

  • Kesetiaan. Kesetiaan kepada ketua penting dalam sesebuah pentadbiran. Nilai ini perlu untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah kerana yakin Laksamana itu tidak besalah. Jika Laksamana dibunuh, sudah tentulah tiada siapa yang dapat menghapuskan kedurjanan Jebat.
  • Keberanian. Berani menegakkan keadilan seperti mana yang dilakukan oleh Hang Jebat adalah yang patut dipuji, namun mengorbankan nyawa orang-orang yang tidak bersalah adalah tidak baik dan dosa.
  • Kita hendaklah menggunakan akal fikiran yang waras sebelum melaksanakan sesuatu tindakan.
  • Perjuangan yang sia-sia tidak akan membawa faedah.
  • Jauhilah perbuatan jahat dan zalim kerana akibatnya buruk. 

No comments: