Tuesday, May 27, 2008

1.4 SIKAP TERBURU-BURU AKAN MEMBAWA PADAH.

PLOT.

  • Permulaan cerita
Sura Pendaki menyuruh anaknya, Darsa Singa betapa. Darsa Singa pun bertapa dalam rumpunan buluh. Laksamana yang sering ke hutan itu telah terpancung kepala Darsa Singa secara tidak sengaja.

  • Konflik dan permasalahan.
Ia bermula dengan Sura Pendaki mengalami ketakutan lalu menyuruh anaknya bertapa. Konflik berlanjutan apabila anaknya mati terpanggal leher oleh Laksamana. Cerita dikembangkan lagi melalui beberapa rentetan konflik. Hidung Sura Pendaki dirompongkan oleh Laksamana dalam satu pertarungan di udara. Akibatnya Maharaja Rawana, abang Sura Pendaki ingin menuntut bela.

  • Puncak Cerita
Maharaja Rawana telah Berjaya melarikan Sita Dewi ketika Seri Rama dan Laksamana perrgi ke hutan untuk memburu kijang emas dan kijang perakyang diinginkan oleh Sita Dewi.

  • Perelaraian cerita.
Peristiwa Maharaja Rawana melarikan Sita Dewi telah dilihat oleh burung Jentayu. Jentayu berusaha menghalang dan dalam usaha itu berlaku satu peperangan  yang hebat. Buung Jentayu tewas dan jatuh ke bumi setelah sayapnya roboh dipaang oleh Maharaja Rawana.

Seri Rama dan Laksamana kemudiannya menyedari kehilangan Sita Dewi setelah kembali dari hutan dengan membawwa kijang emas dan kijang perak.

  • Pengakhiran cerita
Seri Rama dan Laksamana mngembara untuk mecari Sita Dewi.

LATAR

  • Latar tempat
(a) Di dalam hutan - Sura Pandaki menyembunyikan Darsa Singa rumpun buluh.
(b) Langit - Sura Pandaki telah bertukar menjadi raksasa dan menerbangkan Laksamana ke langit.

  • Latar masa
Zaman pengaruh Hindu-Islam. Terdapat percampuran pengauh Hindu dan Islam seperti pada nama watak.

  • Latar masyarakat.
(a) Berlatar belakang masyarakat golongan istana dan pembsar negeri yang mempunyai keistimewaan seperti ang dimiliki oleh Maharaja Rawana, Laksamana dan lain-lain lagi.
(b) Masyarakat yang suka berdendam - dielaskan tentang Sura Pandaki dan Maharaja Rawana yang mendendami Laksamana dan juga Seri Rama/
(c) Masyarakat yang gemar membantu seperti yang dilakukan olh Laksamana terhadap Sita Dewi.

Gaya Bahasa

  • Diksi
Kata-kata berunsur Islam - Allah Taala, Nabi Adam dan SYah
   Hindu- Dewi, Maharaja dan Dewata Mulia Raya.

  • Simile
Jentayu pun seperi guruh, ada seperi halilintar, ada seperti kilat.

  • Perulangan
ada seperi halilintar, ada seperti kilat.

Tema

Bertemakan dendam membawa padah. Ia memberi kesan yang buruk ke atas watak seperti Sura Pandaki yang mulanya mahu menuntut bela ke atas kematian anaknya. Ahkirnya ia mengheret watak lain seperti Maharaja Rawana untuk turut sama berdendam dan cuba menghapuskan keluarga Seri Rama.


Persoalan

  • Menunaikan tanggungjawab. Laksamana menunaikan tanggunhjawab dalam menjaga Sita Dewi ketiadaan Seri Rama.
  • Sika Terburu-buru yang membawa padah. Sura Pandaki bertindak terburu-buru membawa lari Laksamana. Tindakannya ini telah membuatkan hidunnya rompong.
  • Taktik untuk menewaskan musuh atau lawan. Sura Pandaki dan juga Maharaja Rawana telah melakukan penyamaran dan penjelmaan dalam usahanya menewaskan Seri Rama dan Laksamana.
  • Kasih sayang. Seri Rama berusaha mendapatkan kijang untuk Sita Dewi. Sita Dewi pula menyuruh Laksamana memastikan suara Seri Rama apabila mendengar Seri Rama meminta tolong. Kerana kasih sayang juga, seri Rama dan Laksamana pergi mencari Sita Dewi.
WATAK&PERWATAKAN

LAKSAMANA
  • Latar Belakang.
Beliau ialah adik kepada Seri Rama dan masih belum berkahwin. :)

  • Perwatakan
  • Seorang yang amanah dan bertanggungjawab
Dia menjaga Sita Dewi dengan baik semasa ketiadaan Seri Rama.
  • Seorang yang tidak mudah digoda.
Dia cuba digoda oleh Sura Pandaki yang menyamar sebagai seorang perempuan yang jelita. Bagaimanapun, Laksamana idak tergoda.

SITA DEWI
  • Latar Belakang.
Beliau ialah istei kepada Seri Rama dan kakak ipar Laksamana. Sita Dewi digambarkan sbagai seorang yang catik dan mempunyai pekerti yang baik.

  • Perwatakan.
  • Seorang yang mudah terpengaruh
Sita Dewi mudah terpengaruh dengan suara Maharaja Rawana yang meniru suara Seri Rama. Akhirnya, Maharaja Rawana brjaya melarikan Sita Dewi.

  • Mudah Mengesyaki atau berprasangka buruk
Dia menyangka Laksamana mahu menggodanya sedangkan Laksamana seorang yang jujur.

SURA PANDAKI

  • Latar Belakang.
Baru kematian suami dan mempunyai seorang anak bernama Darsa Singa. Dia mempunyai abang bernama Maharaja Rawana. Sura Pandaki kemudiannya kehilangan anaknya yang terpenggal oleh Laksamana semasa Darsa Singa sedang bertapa di dalam rumpun buluh.
  • Perwatakan.
  • Bersikap pendendam
Dia menaruh dendam kepada Laksamana yang telah menyebabkan kematian Darsa Siga. Dia meminta Maharaja Rawana turut membalas dendam kepada Laksamana, Seri Rama dan Sita Dewi.

  • Terburu-buru
Dalam usahanyauntuk membalas dendam kepada Laksamana. Akibatnya dia dirompongkan hidungnya semasa cuba membawa lari Laksamana.



No comments: