Tuesday, April 29, 2008

1.2 PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Plot
EKSPOSISI
  • Hasrat Sultan Mahmud hendak meminang Puteri Gunung Ledang.
  • Hasrat ini diajukan kepada Laksamana dan Sang Setia untuk melaksanakannya.
  • Tun Mamat mengarahkan anak-anak- buahnya merintis jalan.
Perkembangan Cerita
  • Perjalanan rombongan Laksamana dan rakan-rakan ke Gunung Ledang.
Konflik
  • Pelbagai halangan ditempuhi sewaktu dalam perjalanan.
  • Akibatnya, hanya Tun Mamat dan dua orang rakannya sahaja berjaya ke puncak gunung.
  • Bertemu perempuan tua yang mengemukakan tujuh syarat,
  • Syarat ketujuh gagal dipenuhi oleh Sultan Mahmud.
Puncak
  • Sultan Mahmud mengabil darah anaknya, Raja Ahmad.
Peleraian
  • Sultan Mahmud membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.

Tema

Tema cerita ini ialah cita-cita yang tidak kesampaian. Hasrat Sultan Mahmud Syah untuk meminang Puteri Gunung Ledang menemui kegagalan kerana syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang.

Persoalan

  1. Kebongakaan seorang raja. Sultan Mahmud Syah memperlihatkan sikapnya yang bongkak kerana enggan berkahwin dengan anak-anak raja biasa. Baginda memilih Puteri Gunung Ledang untuk dijadikan permaisuri.
  2. Kepatuhan terhadap tugas yang diamanahkan. Tun Mamat, Sang Setia dan Laksamana mematuhi arahan Sultan Mahmud Syah supaya meminang Puteri Gunung Ledang. Tun Mamat umpamanya terpaksa menempuh pelbagai halangan sebelum tiba di puncak Gunung Ledang. 
  3. Balasan terhadap sikap mementinkan diri sendiri dan bongkak. Puteri Gunung Ledang bertindak mengenakan syarat-syarat yang ketat kepada Sultan Mahmud sehingga Sultan Mahmud Syah membatalkan hasrat baginda meminang Puteri Gunung Ledang.

No comments: