Tuesday, April 29, 2008

1.2 PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Plot
EKSPOSISI
  • Hasrat Sultan Mahmud hendak meminang Puteri Gunung Ledang.
  • Hasrat ini diajukan kepada Laksamana dan Sang Setia untuk melaksanakannya.
  • Tun Mamat mengarahkan anak-anak- buahnya merintis jalan.
Perkembangan Cerita
  • Perjalanan rombongan Laksamana dan rakan-rakan ke Gunung Ledang.
Konflik
  • Pelbagai halangan ditempuhi sewaktu dalam perjalanan.
  • Akibatnya, hanya Tun Mamat dan dua orang rakannya sahaja berjaya ke puncak gunung.
  • Bertemu perempuan tua yang mengemukakan tujuh syarat,
  • Syarat ketujuh gagal dipenuhi oleh Sultan Mahmud.
Puncak
  • Sultan Mahmud mengabil darah anaknya, Raja Ahmad.
Peleraian
  • Sultan Mahmud membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.

Tema

Tema cerita ini ialah cita-cita yang tidak kesampaian. Hasrat Sultan Mahmud Syah untuk meminang Puteri Gunung Ledang menemui kegagalan kerana syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang.

Persoalan

  1. Kebongakaan seorang raja. Sultan Mahmud Syah memperlihatkan sikapnya yang bongkak kerana enggan berkahwin dengan anak-anak raja biasa. Baginda memilih Puteri Gunung Ledang untuk dijadikan permaisuri.
  2. Kepatuhan terhadap tugas yang diamanahkan. Tun Mamat, Sang Setia dan Laksamana mematuhi arahan Sultan Mahmud Syah supaya meminang Puteri Gunung Ledang. Tun Mamat umpamanya terpaksa menempuh pelbagai halangan sebelum tiba di puncak Gunung Ledang. 
  3. Balasan terhadap sikap mementinkan diri sendiri dan bongkak. Puteri Gunung Ledang bertindak mengenakan syarat-syarat yang ketat kepada Sultan Mahmud sehingga Sultan Mahmud Syah membatalkan hasrat baginda meminang Puteri Gunung Ledang.

Sunday, April 27, 2008

Prosa Tradisional-Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya.

Bianaan Plot.

  • Permulaan Cerita.
Anak Bayan berkawan dengan anak cerpelai walaupun tidak dibenarkan oleh bayan.

  • Perkembangan Cerita.
Bayan bercerita tentang hikayat anak kera yang tidak mendengar nasihat ibu bapanya yang melarang dia berkawan dengan anak saudagar. Ini bertujuan menyedarkan anaknya.

  • Perumitan Cerita.
Anak Cerpelai telah ditangkap oleh seorang budak dan ibu bapa cerpelai mahu anak bayan menerima nasib yang sama dengan anaknya.

  • Puncak Cerita.
Bayan Tua telah membuat helah untuk menyelamatkan dirinya dengan meminta budak itu menjualkannya kepada raja.

  • Peleraian Cerita.
Penyakit sopak raja telah sembuh dan bayan tua kembali semula kepada keluarganya.



Tema

Petikan hikayat berbingkai itu mengemukakan tema nasihat. Ibu bapa bayan telah memberi nasihat kepada anaknya supaya berhati-hati memilih kawan.

Persoalan

  1. Kepentingan memilih kawan. Bayan telah melarang anaknya supaya jangan berkawan dengan anak cerpelai kerana cerpelai bersikap tidak setia.
  2. Dendam dan kezaliman. Ibu bapa cerpelai yang telah kehilangan anaknya mahu membalas dendam anaknya dengan bayan. Ia meminta serigala untuk membunuh anak-anak bayan.
  3. Kebijaksanaan menggunakan fikiran. Bayan tua bijak menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh seorang budak. Ia meminta budak itu menjualnya kepada seorang raja. Bayan tua mendakwa dia boleh mengubati penyakit raja tersebut.

Watak & Perwatakan

  • BAYAN
Bayan merupakan burung peliharaan suami Bibi Zainab iaitu Kojah Maimun yang ditugaskan untuk menghiburkan mereka. Bayan pandai bercerita dan bersuara merdu.
Bayan merupakan tukang cerita yang berhati mulia kerana cuba menghalang perbuatan sumbang Bibi Zainab.
Bayan jugak bijak dalam melengah-lengahkan Bibi Zainab dengan bercerita sehingga Bibi Zainab terlupa akan janjinya dengan kekasihnya.

  • Anak Bayan
Anak Bayan digambarkan terlalu degil kerana tidak mahu mendengar nasihat bapanya. Dia telah berkali-kali diingatkan supaya jangan berkawan dengan anak cerpelai  kerana cerpelai dikatakan tidak setia. Namun dia tetap berdegil. Anak bayan hampir-hampir menjadi mangsa seorang budak dan berjaya melepaskan diri.

  • Bapa Bayan
Bapa bayan merupakan seekor haiwan yang penyayang. Kasih sayangnya kepada anaknya mendorong dia menasihati bayan supaya tidak berkawan dengan cerpelai demi keselamatannya. Dia juga bercerita kepada bayan dengan niat menyedarkan anaknya. Namun usahanya gagal.

  • Anak Kera
Merupakan watak yang diceritakan oleh bapa bayan kepada bayan demi untuk memberi pengajaran kepadanya. Seperi bayan, anak kera juga digambarkan sebagai haiwan yang degil dan tidak mahu mendengar kata bapanya. Anak kera berkawan dengan anak saudagar. Anak kera telah mencederakan anak saudagar semasa mereka bermain catur lalu menyebebkan kecederaan anak saudagar tidak sembuh-sembuh. Anak kera akhirnya menjadi korban saudagar yang mahu mengubati kecederaan anaknya setelah dinasihati oleh tabib. Tabib mengatakan hanya hati anak kera yang dapat mengubati kecederaan anak saudagar.

  • Bibi Zainab
Bibi Zainab ialah isteri Kojah Maimun yang bercinta dengan anak raja. Dia curang terhadap suaminya kerana ketiadaan Kojah Maimun, Bibi Zainab pergi menemui kekasihnya. Namun kerana ketepahan dan kebijaksanaan bayan, Bibi Zainab akhirnya leka mendengar cerita bayan dan terus janji temunya dengan kekasihnya itu.

  • Bayan Tua
Watak ini muncul apabila seorang budak cuba menangkap bayan-bayan di sarangnya. Bayan tua terperangkap dan dapat ditangkap oleh budak itu tetapi berjaya menggunakan helah untuk menyelamatkan diri. Helahnya yang bijak ialah dia mengatakan bahawa dirinya benilai jika dijual kepada raja sebagai ubat penyakit sopak raja itu. Budak terpedaya dan menjualkan bayan tua kepada raja dengan harga 4000 dinar. Dengan kuasa tuhan, penyakit sopak raja pulih dan bayan tua memohon untuk pulang kepada anak isterinya.



Latar
  1. Latar Tempat
  • Di rumah Kojah Maimun- berlakunya peristiwa bayan bercerita dari satu kisah kepada kisah yang lain kepada Bibi Zainab sehingga melekakan Bibi Zainab.
  • Sarang tempat tinggal bayan- peristiwa seorang kanak-kanak menutup lubang bayan. Budak itu berbuat demikian untuk menagkap bayan. 
    2. Latar Masa
  • Ketika hari sudah tinggi-peristiwa seorang budak datang ke sarang bayan untuk mengambilnya tetapi didapatinya anak-anak sudah mati.
  • Malam- budak lelaki telah menutup sarang bayan. Peristiwa bayan bercerita kepada Bibi Zainab juga dilalukannya pada waktu malam.

    3. Latar Masyarakat
  • Masyarakat binatang yang boleh berkata-kata dan bertindak terdapatnya watak binatang seperti bayan dan juga cerpelai.
  • Masyarakat golongan atasan-terdapatnya golongan masyarakat istana dan juga orang kaya seperti Kojah Maimun yang bekerja sebagai peniaga,
  • Masyarakat bijaksana-kebijaksanaan bayan tua kerana melepaskan dirinya melalui helah-helah sehingga dijual kepada seorang raja. 
Gaya Bahasa
  • Diksi
Selain menggunakan bahasa Melayu lama, petikan itu juga menggunakan bahasa kesat seperti "haram jadah" dan bahasa sapaan dan penuh hormat seperti:

'Hai raja besar yang berakal, sempurnya bicaranya, duli maha mulia,.... '

  • Simile
Aku lontarkan ke tanah berkaparan seperti bangkai lalu ia terbang habis 
(HALAMAN 27)




Nilai & Pengajaran 

  1. Kebijaksanaan penting untuk menyelamatkan diri dari bahaya. ini telah menyelamatkan bayan tua daipada dibunuh oleh budak yang menangkapnya dan membolehkan bayan mengahalang pebuatan terkutuk yang hendak dilakukan Bibi Zainab.
  2. Tolong-menolong dan nasihat-menasihati ke arah kebaikan adalah dituntut demi kesejahteraan manusia. Aspek positif ini digunakan secara meluas oleh watak-watak dalam cerita ini demi kebaikan mereka. Bayan tua telah memberi pertolongan yang amat berharga kepada raja.
  3. Jauhilah kedegilan demi keselamatan diri. Inilah kelakuan yang telah menyebebkan kecelakaan menimpa anak kera.
  4. Sifat kejam akan hanya memusnahkan orang lain.
  5. Kepentingan adanya ilmu dalam diri. Secara tersirat, cerita ini menyeru kita menjadi manusia beilmu untuk mengharungi hidup yang pancaroba.